My Blog List


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISME.

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.

Konstruktivisme berbeza dengan pandangan behavioris yang melihat pembelajaran lebih menekankan tentang pengaruh suasana terhadap seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka. (Gery 1995) Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatan-pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996).

Ciri-ciri lain:

Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep

Murid berpeluang berkongsi persepsi anatra satu sama lain

Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya

Berpusatkan murid

Hands-on dan minds-on

Pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir.

Renungan kembali proses pembelajaran

Galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori.

Hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

Murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian.

Prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru

Murid selalunya bekerja secara kumpulan

No comments:

Post a Comment