My Blog List
I made this
widget
at
MyFlashFetish.com
.
Free Clock
Thursday, August 26, 2010
PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya.
Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna.
Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung.
Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait. Pembelajaran adalah aktiviti sosial; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya, dan lain-lain hubungan.
Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding.
Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu.
Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran.
Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata.
Guru dan dan rakan pelajar berperanan sebagai fasilitator pembelajaran.
Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baharu.
Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.
Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus membantu pemahaman.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment