My Blog List


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

DEFINISI KONSTRUKTIVISME

Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme, maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya

McBrien & Brandt, (1997) konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Menurut Briner M (1999) pula, murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai
satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

No comments:

Post a Comment