My Blog List


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky


Biodata Lev Vygotsky

Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang terletak di Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira 400 batu dari Moscow. Lev Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan seorang guru namun tinggal di rumah sahaja kerana mendidik anak-anaknya. Vygotsky turut mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan awal di sekolah swasta, Vygotsky pergi ke sebuah Gymnasium Yahudi untuk meneruskan pengajian peringkat menengah. Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering digelar sebagai ‘ professor kecil” kerana selalu memimpin diskusi mahasiswa pada topik berkenaan falsafah atau budaya yahudi, teater dan sastera.

Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal emas kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat pengajian pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat antaranya Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad, dan Kharkow. Beiau telah menulis buku tentang “Pemikiran dan Bahasa” dan “ Fikiran masyarakat”.

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).


Zon Perkembangan Proximal (ZPD)


1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (scaffolding).

2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.

3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja tersebut sendiri.

4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.

5. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.



No comments:

Post a Comment